Free Website Traffic!

Sunday

1.Menilai Erti Kehidupan

1-Menilai erti Kehidupan

Pengertian sebuah kehidupan cukup berbeza untuk setiap orang. Ada yang berkata hidup ini mesti mempunyai tujuan, ada lagi yang berkata hidup ini umpama misi, misi yang perlu dipenuhi dan dilaksanakan sebaiknya. Juga ada yang berkata hidup ini perlu lebih baik dari hari semalam. Yang ini diajar dalam Islam. Ada juga yang menjadikan pandangannya terhadap kehidupan sebagai motto kehidupannya seperti Erti Hidup Pada Memberi. Ada juga yang berkata hidup umpama sebuah akedemi. Sebenarnya tiada jawapan salah atau betul dalam memahami erti sebuah kehidupan asalkan ia tidak bertentangan dengan fitrah sunatullah manusia dan jika ia tidak bertentangan dengan fitrah tentulah ia selari dengan Islam kerana Islam kan selari dengan fitrah manusia.

Pandangan seseorang terhadap kehidupan itu lebih bergantung kepada pengalaman seseorang terhadap apa yang telah dilalui atau mungkin sekali pendidikan yang telah diterima sejak kecil lagi. Kemudian didikan dan pandangan tersebut mencorakkan pemikiran atau dalam bahasa yang lebih mantap lagi mencorakkan paradigma. Paradigma umpama kaca mata untuk melihat dunia dan seseorang sering menilai kehidupan melalui kaca mata mereka, mereka seringkali menilai kehidupan berdasarkan pengalaman yang terhad dan terbatas. Walaubagaimanapun, keterbatasan pandangan boleh berubah menjadi pandangan yang bernas atau dipanggil paradigm shift danparadigm shift penting bagi mereka yang ingin berubah dan mengubah orang lain. Perubahanparadigm shift perlu sekali bagi mereka yang masih hidup terawang-awangan tanpa arah tujuan dan yang lebih teruk lagi tidak tahu tujuan hidup.










No comments:

Post a Comment