Free Website Traffic!

Sunday

Download Ebook

http://latest-ebooks.blogspot.com/

BIODATA SORANG USAHAWAN

Nama:Tengku Azman Shah bin Tengku Adnan
Tempat di lahirkan:Jalan Syed Zain K.Terenggnu
Tarikh Lahir: 09/05/1966
Nama Ibu:Tuan Sharifah Maimun bt Tuan Bungsu
Anak ketiga Daripada 9 orang adik beradik
Mempunyai 2 Kakak:
1.Tengku Sharifah Rohana Tengku Adnan
2.Tengku Zarinah Tengku Adnan
Dan Mempunyai 6 Adik;
1.Tengku Azmee Tengku Adnan
2.Tengku Muhammad Ariff Tengku Adnan
3.Tengku Mohd Azhar Tengku Adnan
4.Tengku Noor Haslinda Tengku Adnan
5.Tengku Mohd Haniff Tengku Adnan
6.Tengku Noor Fazilah Tengku Adnan

Nama Isteri:Roshayati bt Yahya
Nama Anak:Puteri Teh Shabira

Status Akedemik:
SRP
SPM
STPM
DEPLOMA ACCOUTING & FINANCE
HOBI & KEGEMARAN
-Membaca buku-buku Filasafah,Agama,Politik,Keusahawanan,Finance,Pelaburan dan Motivasi.
-Meminati barangan komputer-Hardware & Software,Gaget2 baru
-Meminati Teknologi ICT dan yang sehubungan dengannya.
-Bermain Bedminton

PENGALAMAN PEKERJAAN
-ACCOUNTING
-BANKING
-FINANCE
-SALES & MAKERTING
-LOGISTICS
-WAREHOUSING
-USAHAWAN

Sekian dahulu buat kali ini,
Terim kasih
Tengku Azman Shah
29/06/09



3-Menilai erti Kebahagian

DEFINISI BAHAGIA

Takrif dan definisi bahagia itu akan dilihat dan dinilai dengan cara yang berbeza-beza, sesuai dengan tahap kesihatan manusia itu sendiri dari segi fizikal, mental dan spiritual. Manusia yang kurang sihat di mana-mana sudut, akan menilai kebahagian itu berdasarkan kekurangan yang dialaminya, lalu ini akan menyebabkan takrif yang didatangkannya bukan definisi kebahagian
yang hakiki. Hanya manusia yang mempunyai kesihatan yang maksima pada ketiga-tiga sudut yang disebutkan itu sahaja yang mampu mendefinisikan makna kebahagian dengan definisi yang hakiki.

Sebenarnya istilah “bahagia” itu adalah suatu perkara yang unik dan terlalu seni untuk didefinisikan secara tepat, apatah lagi jika ia ditakrifkan oleh bermacam orang yang sudah tentu bermacam-macam pula ragamnya. Hanya dengan menggunakan kaca mata Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah sahaja definisi bahagia itu dapat dirungkaikan dalam bentuk amalan, sekalipun ianya tidak berjaya diungkaikan oleh lidah yang tidak bertulang berupa sesuatu lafaz atau ucapan kata-kata. Bahkan kalau dikira, definisi yang dirungkaikan dalam bentuk praktik itulah yang lebih tepat dari definisi yang berjaya diungkaikandan
diungkapkan melalui kata-kata atau ucapan.

Sebagai contoh: Orang miskin akan mentakrifkan kebahagiaan itu berdasarkan kekurungan yang ada pada dirinya yang ia terlalu ingin untuk milikinya dari segi harta benda dan kemewahan, sedangkan orang kaya yang sudahpun bermewah-mewah dalam kehidupan, kadang-kadang melihat bahawakehidupan simiskin lebih bahagia berbanding dirinya.

Jadi, apakah yang mereka ingin nyatakan tentang takrif kebahagiaan itu sebenarnya? Ini bermakna rasa bersyukur dengan kemewahan dan reda dengan kemiskinan sahaja, masih belum cukup untuk mentafsirkan makna kebahagiaan. Pendek kata kebahagiaan itu bukanlah apa yang dinilai oleh nafsu yang suka kepada kehidupan serba mewah, bukan juga oleh jasmani kita yang kadang-kala tertipu oleh kebuasan nafsu lalu hidup merana dan menderita,
bahkan bukan juga terletak kepada kepintaran akal yang memikirkan akan betapa patutnya menggapai cabang-cabang kebahagiaan yang dianggapnya sebagai tempat yang paling patut untuk berpaut. Sekaligus bukan pula takrif yang didendangkan oleh hati yang kadang-kadang berlaku seperti pepatah Melayu : “Ikut hati mati, ikut rasa binasa”.

AL-QURAN DAN KELUARGA BAHAGIA

Al-Quran menjelaskan bahawa Nabi kita SAW adalah contoh teladan yang baik untuk dijadikan contoh kepada ciri-ciri keluarga bahagia. Firman Allah SWT

” Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Surah Al-Ahzaab : Ayat 21).

Ayat tersebut menjelaskan bahawa mereka yang mengharapkan keredaan Allah dan balasan yang baik di akhirat nanti disamping mereka tergolong dari kalangan mereka yang banyak mengingati Allah, maka bagi mereka contoh ikutan yang terbaik dari segala yang terbaik ialah diri Rasulullah SAW. Ini jelas membawa makna bahawa sekiranya kita ingin menjalani hidup dan kehidupan di dunia ini dengan penuh rasa kebahagian dan menikmati penghidupan di
akhirat dengan kebahagian, maka kita hendaklah mencontohi diri Baginda SAW dalam apa jua bidang, tanpa berpilih-pilih dan cuba mencontohi yang mana kita rasa bersesuaian dengan diri kita sahaja.

Demikian juga dari sudut kehidupan berkeluarga. Umat Muhammad SAW hendaklah mempelajari, mengkaji seterusnya mengamalkan bagaimana Baginda menjalani hidup dan kehidupan di dunia ini sebagai jambatan untuk menempuh penghidupan yang kekal abadi di akhirat nanti. Maksudnya kebahagiaan di dunia ini berhubung kait dengan kebahagiaan di akhirat nanti. Ini sekaligus menyanggah pendapat mereka yang hanya mementingkan kebahagiaan hidup di dunia semata-mata tanpa mengambil kira kebahagiaan hidup di akhirat. Demikian pula halnya pendapat yang hanya mengutamakan kebahagaiaan hidup di akhirat semata-mata lalu memandang sepi kebahagiaan hidup di dunia ini.

Tiada yang terlebih bahagia kecuali kebahagiaan hidup berkeluarga yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Cuma apa yang mungkin menyebabkan penilaian manusia itu berbeza-beza tentang konsep bahagia itu, ada hubung kait dengan tahap keislaman, keimanan dan ketakwaan masing-masing. Maknanya untuk menerima baik hakikat kehidupan Rasulullah SAW itulah yang terbaik dari yang terbaik, berkait rapat dengan ‘maqam’ atau martabat masing-masing dari sudut keislaman, keimanan dan ketakwaan.

Apabila seseorang itu mempunyai tahap, maqam atau martabat keislaman, keimanan dan ketaqwaan yang rendah, ia sudah tentu tidak dapat menerima konsep kebahagiaan yang dijalani oleh Nabi SAW yang memperjuangkan hidup dalam taraf kemiskinan dari segi material. Tetapi mereka yang mempunyai tingkat keimanan dan ketakwaan yang tinggi, tidak akan menjadikan material sebagai kayu pengukur kepada makna kebahagiaan itu. Semakin tinggi tahap keimanan dan ketaqwaan seseorang itu maka semakin jelas baginya bahawa kebahagiaan yang hakiki itu adalah sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan juga Khulafaur Rasyidin, yang rata-rata melihatkebahagiaan itu berpaksikan keimanan dan ketakwaan yang tinggi, atau dengan kata lain menilai kebahagiaan itu dengan rohani, jasmani dan akal yang sihat tanpa ada mengidap apa-apa penyakit.

Hanya mereka yang benar-benar sihat keseluruhan tiga aspek tadi sahaja yang merasa kebahagiaan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu sebagai kebahagian yang hakiki. Al-Quran pula mahu semua manusia amnya dan umat Islam khasnya memilih kehidupan berumah tangga yang bahagia seperti yang ditunjukkan oleh Nabi SAW. Ini jelas apabila Ummul-Mukminin Saiyiditina ‘Aisyah R.A ditanya mengenai akhlak Rasulullah SAW, beliau segera menjawab bahawa: “Akhlak Rasulullah SAW itu ialah (seperti tuntutan) Al-Quran”.

Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 21, hadis yang baru disebutkan (di atas) dan banyak lagi ayat serta hadis yang mengupas mengenai akhlak dan peribadi mulia Rasulullah SAW jelas menunjukkan bahawa Al-Quran adalah sebagai penjana keluarga bahagia, manakala Rasulullah SAW pula disahkan sebagai contoh yang mesti dikuti oleh seluruh manusia amnya dan umat Islam khasnya, jika benar-benar inginkan sebuah keluarga bahagia dalam erti-kata kebahagian yang hakiki.

KESIMPULAN

Keluarga yang terdiri dari sepasang suami isteri dan dihiasi oleh sepak terajang anak-anak adalah satu institusi yang perlu kepada pentadbiran yang betul yang boleh menjamin kehidupan yang rukun, aman dan damai. Manakala suasana “Keluarga Bahagia” yang menjadi idaman semua manusia adalah matlamat yang ingin dicapai dengan apacara sekalipun. Cuma apa yang cuba dicari kadang-kadang begitu kabur apabila penilaian terhadap erti kebahagiaan itu sendiri menghadapi masalah akibat dari permasalahan yang dihadapi oleh manusia dari sudut ketiga-tiga elemen penting yang kita huraikan sebentar tadi.

Namun apa yang dapat kita titipkan melalui catatan yang serba ringkas ini dalam mendambakan kehidupan yang bahagia dalam institusi keluarga ialah; kesediaan kita untuk menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan yang baik dalam segala agenda hidup kita, tanpa mempertikaikannya sedikitpun. Bilamana kita merasa kehidupan contoh (mithali) yang di tunjukkan oleh Baginda tidak dapat kita terima, atau gagal kita ikuti, itu bukan bermakna kita perlu mencari alternatif lain dalam mencari kebahagiaan hidup.

Tapi apa yangperlu kita lakukan ialah mencuba sedaya upaya untuk mengamalkan segala apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW, segala apa yang disuruh buatlah dengan kemampuan yang maksima, demikian pula apa yang dilarang hendaklah kita jauhi, hindari dan tinggalkan sama sekali dengan penuh rasa kesedaran dan keinsafan demi memperolehi keredaan Allah SWT.

Mempertingkatkan kualiti keislaman, keimann dan ketakwaan kita adalah diiktiraf sah sebagai anak kunci sebuah kebahagiaan yang hakiki. Oleh itu terpulanglah kepada kita sejauhmana ikhlasnya niat kita dan juga usaha upaya kita untuk memiliki sebuah keluarga yang bahagia mengikut kaca-mata Al-Quran yang merupakan “Kalamullah” dan berpandukan contoh teladan yang ditunjukkan oleh Nabi besar kita Muhammad SAW yang diiktiraf oleh Allah SWT yang Maha Pencipta, Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih dan Penyayang serta
Maha Adil ke atas sekelian makhluk ciptaanNya.


2-Menilai Erti Kekeluargaan

Keluarga yang terdiri dari sepasang suami isteri dan dihiasi oleh sepak terajang anak-anak adalah satu institusi yang perlu kepada pentadbiran yang betul yang boleh menjamin kehidupan yang rukun, aman dan damai. Manakala suasana “Keluarga Bahagia” yang menjadi idaman semua manusia adalah matlamat yang ingin dicapai dengan apacara sekalipun. Cuma apa yang cuba dicari kadang-kadang begitu kabur apabila penilaian terhadap erti kebahagiaan itu sendiri menghadapi masalah akibat dari permasalahan yang dihadapi oleh manusia dari sudut ketiga-tiga elemen penting yang kita huraikan sebentar tadi.

Namun apa yang dapat kita titipkan melalui catatan yang serba ringkas ini dalam mendambakan kehidupan yang bahagia dalam institusi keluarga ialah; kesediaan kita untuk menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan yang baik dalam segala agenda hidup kita, tanpa mempertikaikannya sedikitpun. Bilamana kita merasa kehidupan contoh (mithali) yang di tunjukkan oleh Baginda tidak dapat kita terima, atau gagal kita ikuti, itu bukan bermakna kita perlu mencari alternatif lain dalam mencari kebahagiaan hidup.

Tapi apa yangperlu kita lakukan ialah mencuba sedaya upaya untuk mengamalkan segala apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW, segala apa yang disuruh buatlah dengan kemampuan yang maksima, demikian pula apa yang dilarang hendaklah kita jauhi, hindari dan tinggalkan sama sekali dengan penuh rasa kesedaran dan keinsafan demi memperolehi keredaan Allah SWT.

Mempertingkatkan kualiti keislaman, keimann dan ketakwaan kita adalah diiktiraf sah sebagai anak kunci sebuah kebahagiaan yang hakiki. Oleh itu terpulanglah kepada kita sejauhmana ikhlasnya niat kita dan juga usaha upaya kita untuk memiliki sebuah keluarga yang bahagia mengikut kaca-mata Al-Quran yang merupakan “Kalamullah” dan berpandukan contoh teladan yang ditunjukkan oleh Nabi besar kita Muhammad SAW yang diiktiraf oleh Allah SWT yang Maha Pencipta, Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih dan Penyayang serta
Maha Adil ke atas sekelian makhluk ciptaanNya.



1.Menilai Erti Kehidupan

1-Menilai erti Kehidupan

Pengertian sebuah kehidupan cukup berbeza untuk setiap orang. Ada yang berkata hidup ini mesti mempunyai tujuan, ada lagi yang berkata hidup ini umpama misi, misi yang perlu dipenuhi dan dilaksanakan sebaiknya. Juga ada yang berkata hidup ini perlu lebih baik dari hari semalam. Yang ini diajar dalam Islam. Ada juga yang menjadikan pandangannya terhadap kehidupan sebagai motto kehidupannya seperti Erti Hidup Pada Memberi. Ada juga yang berkata hidup umpama sebuah akedemi. Sebenarnya tiada jawapan salah atau betul dalam memahami erti sebuah kehidupan asalkan ia tidak bertentangan dengan fitrah sunatullah manusia dan jika ia tidak bertentangan dengan fitrah tentulah ia selari dengan Islam kerana Islam kan selari dengan fitrah manusia.

Pandangan seseorang terhadap kehidupan itu lebih bergantung kepada pengalaman seseorang terhadap apa yang telah dilalui atau mungkin sekali pendidikan yang telah diterima sejak kecil lagi. Kemudian didikan dan pandangan tersebut mencorakkan pemikiran atau dalam bahasa yang lebih mantap lagi mencorakkan paradigma. Paradigma umpama kaca mata untuk melihat dunia dan seseorang sering menilai kehidupan melalui kaca mata mereka, mereka seringkali menilai kehidupan berdasarkan pengalaman yang terhad dan terbatas. Walaubagaimanapun, keterbatasan pandangan boleh berubah menjadi pandangan yang bernas atau dipanggil paradigm shift danparadigm shift penting bagi mereka yang ingin berubah dan mengubah orang lain. Perubahanparadigm shift perlu sekali bagi mereka yang masih hidup terawang-awangan tanpa arah tujuan dan yang lebih teruk lagi tidak tahu tujuan hidup.










MEMAHAMI REALITI KEUSAHAWANAN

MEMAHAMI REALITI KEUSAHAWANAN

KENAPA PENTINGNYA SAYA MEMAHAMI DUNIA KEUSAHAWANAN ?

Irfan Khairi mendapat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Stafffordshire University, United Kingdom. Selepas mendapat ijazah, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd. Sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet, beliau bertanggungjawab mereka ciptra sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada ketika ini, lebih dari 5,000 sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut. Oleh kerana minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999. Selepas mendapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah berlipat kali ganda pendapatan bekerja 9-5, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan Internet miliknya selepas 1 tahun beroperasi. Semenjak itu, Irfan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet. Dalam masa 3 tahun beroperasi, salah satu perniagaannya memperolehi untung bersih sebanyak RM1,000,000 - tanpa pekerja dan peralatan komputer canggih. Modal permulaannya... hanya RM500. Ketika itu beliau berumur 25 tahun!

KENAPA KITA TIDAK BERJAYA & KAYA ?
JAWABNYA SEBAB KITA SENDIRI TIDAK MEMPERKAYAKAN DIRI KITA SENDIRI.. SETIAP HARI KITA BERUSAHA DAN BEKERJA UNTUK MEMPERKAYAKAN ORANG LAIN .. KITA JUGA TIDAK SEDAR BAHAWA SETIAP HARI KITA SELALU MEMOTIVASIKAN DIRI KITA SEHINGGAKAN DIRI KITA SENDIRI LUPA AKAN KEUPAYAAN YANG KITA ADA …….

PEMILIHAN PERNIAGAAN

...mesti mengambilkira:
1. Minat
2. Kemahiran
3. Risiko
4. Pasaran
5. Persaingan
6. Lokasi
7. Modal

BISNES SATU PENYELESAIAN

PELUANG SENTIASA ADA KEPADA SETIAP ORANG…HANYA KESANGGUPAN YANG MEMBEZAKAN

PELUANG PERNIAGAAN TIDAK SAMA TETAPI MUNGKIN SERUPA !!!.

JANGAN JADI SEORANG YANG MELIHAT TETAPI TIDAK NAMPAK

Memahami apa dia perniagaan ! Mengurus Risiko Pentingkan Pengetahuan Usaha & Usaha Pelanggan adalah diri anda sendiri !

Utamakan jaringan Perniagaan Hari ini adalah untuk esok !

RESEPI KEJAYAAN USAHAWAN CINA

Prinsip Menang –Menang ! Tidak suka mencari & mencipta alasan

Disiplin dalam Tadbir Urus Niaga

Takrif Erti Kejayaan dalam bisnis

KITA YANG MENEMPAH KEGAGALAN
TIDAK PUNYA WAWASAN & MATLAMAT JAHIL DALAM ILMU PENGURUSAN TIDAK MEMPUNYAI KEYAKINAN TIDAK LAGI DIPERCAYAI ORANG TIDAK PANDAI MENANGANI MASALAH TIDAK MEMBERI TUMPUAN PENUH TERLALU BERGANTUNG PADA ORANG MALAS

Label Pemalas. "Ibu kepada rekacipta adalah kemalasan,bukannya keperluan" Keperluan wujud hasil daripada kemalasan" "Peluang Keusahawanan diterokai daripada hutan kemalasan manusia" "Wujudnya wang kerana kemalasan Manusia" "Perkembangan teknologi juga bermula daripada Kemalasan" Perkataan rajin lahir kerana adanya ibu Kemalasan" Apa lagi...itu pun dikatakan MALAS ?

1) Sikap 7) Pekerja 2) Perkhidmatan

6) Pasaran

FORMULA menjadi USAHAWAN BERJAYA

3) Produk & Pembungkusan

5) Pelanggan

4) Pengurusan Akaun Perniagaan

MEMAHAMI KEHENDAK & KEMAHUAN PELANGGAN

APAKAH KEMAHUAN PELANGGAN APAKAH FIKIRAN PELANGGAN

APAKAH KEHENDAK PELANGGAN APAKAH PERASAAN PELANGGAN

APAKAH ANDA TAHU PELANGGAN TIDAK SUKAKAN ANDA APAKAH ANDA TAHU TANGGUNGJAWAB ANDA ?
APAKAH ANDATAHU SUMBANGAN ANDA AMAT PENTING UNTUK ORGANISASI



Saturday

IDEA UNTUK MENULIS DIARY

Assalamulaikum dn Salam Sejahtera..

Idea untuk menulis sebuah diary tentang kehidupan saya sudah lama sebenarnya,semenjak 4 tahun yng lalu iaitu setelah saya berhenti berkerj dengan EXEL GLOBLE LOGISTICS SDN BHD dan mula menjadi USAHAWAN,tetapi oleh kerana tidak mempunyai ruang dan masa yang sesuai maka ianya terpendam buat sementara waktu sehinggalah kini kiranya mempunyai ruang dan masa yang agak terluang.


Tujuan penulisan Diary ini adalah untuk :-


1-Menilai erti Kehidupan
2-Menilai erti Kekeluargaan
3-Menilai erti Kebahagian
4-Agama & Kemasyarakatan Kampung
5-Budaya & Politik Kampung
6-Perbandingan Kehidupan kampung dan bandar
7-Menilai Tahap Pencapaian dulu dan sekarang
8-Berjaya menjadi Usahawan,belum tentu lagi berjaya dalan keusahawanan
9-Mengekalkan Kejayaan itu lebih payah daripada mencapai kejayaan
10-Muhasabah Diri

Plot Dairy Seorang usahawan adalah mengikut peringkat usia:

BIODATA PENULIS
-Kanak-Kanak
-Sekolah Rendah-Pelajar
-Sekolah Menengah-Pelajar
-Awal Remaja
-Remaja-21 -25
-Akhir Remaja 26 -30
-Dewasa - 30 -35

ALAM PEKERJAAN
-Pekerjaan Pertama = Mohmed Awang & Co(Public Accountance) K.T Tahun 1995 -1998
Jawatan: Kerni Akaun
-Pekerjaan kedua = Kedai Buku Ibzanis Sdn bhd.K.T Tahun 1998-1990
Jawatan: Akaun Executive
-Pekerjaan ketiga = DIKIRA UNIFORMS & MANUFECTUREING KL, Tahaun 1990-1993
Jawatan: Akauntan & Sales Executive
-Pekerjaan keempat =MSG Berhad,Selangor Tahun 1993- 1997
Jawatan: Accounts Executive
-Pekerjaan kelima =MSAS (M) BHD,Tahun 1997 - 2000
Jawatan: Accounts Executive
-Pekerjaan keenam (Terakhir) = EXEL GLOBLE LOGISTIS ,Tahun 2000- 2005
Jawatan: Logistics Executive dan Logistics Asst Maneger
-Sebagai Usahawan Tahun 2005 - sekarang
Menubuhkan Syarikat:1-AZTIE DISTRIBUTION
2-RESTORAN ULEK MAYANG
3-IMPIANA TEGUH RESOURCES